10 Pulau Terbaik Untuk Snorkeling di Langkawi

 Things To Do In Langkawi Island
Diterbit oleh Preciuos on 19 Nov 2024

Jika anda peminat menyelam atau snorkeling, anda pasti pernah mendengar bahawa Langkawi adalah salah satu destinasi terbaik untuk mendekati kehidupan marin. Langkawi mempunyai beberapa pulau terbaik untuk snorkeling dan menyelam, dengan setiap pulau menawarkan pengalaman yang unik. Berikut adalah beberapa cadangan pulau untuk menyelam dan snorkeling di Langkawi di mana anda boleh mencipta kenangan yang tidak dapat dilupakan.

pulau terbaik untuk snorkeling di langkawi pulau payar

1. Pulau Payar

Pulau Payar merupakan salah satu lokasi terbaik untuk snorkeling dan menyelam di Langkawi dan juga dikenali sebagai pulau tertua di Malaysia. Terdapat terumbu buatan dan kapal lama yang digunakan untuk membangunkan ekosistem terumbu karang. Di Pulau Payar, anda boleh berenang, snorkeling atau menyelam skuba.

Semasa berenang atau snorkeling di Pulau Payar, anda berperluang berenang bersama anak ikan yu, barracuda, ikan badut, ikan snapper dan ikan rama-rama. Semasa menyelam, lawati Coral Garden untuk menikmati pemandangan terumbu karang yang cantik.

Tempah tiket Snorkeling di Pulau Payar dengan Langkawibook!

Alamat: Kompleks EB Adina peksn Baru Baron Kuah, 07000 Langkawi, Kedah

Contact: 0133501205

pulau terbaik untuk snorkeling di langkawi datai bay beach

2. Pantai Datai Bay

Pantai Datai Bay adalah satu lagi lokasi popular untuk snorkeling di Langkawi. Airnya yang jernih membolehkan anda melihat pelbagai kehidupan marin dan ikan yang berwarna-warni. Ia juga sesuai untuk aktiviti sukan air lain.

Oleh kerana ia adalah pantai persendirian, anda boleh menikmati pasir yang bersih dan terjaga dan tanpa terlalu ramai pengunnjung. 

Nota: Anda hanya boleh memasuki pantai ini melalui hotel The Andaman dan The Datai Resort sebagai tetamu.

Alamat: Jalan Teluk Datai, 07000 Pulau Langkawi, Kedah Darul Aman

Resort Contact: +6049500500

pulau terbaik untuk snorkeling di langkawi pulau dangli
 

3. Pulau Dangli

Pulau Dangli adalah sebuah pulau kecil yang terletak di utara Langkawi. Pulau ini terkenal dengan terumbu karang yang berwarna-warni dan ikan-ikan yang cantik.

Memandangkan ia adalah pulau kecil tanpa banyak kemudahan, anda perlu menyertai lawatan snorkeling berjadual. Anda juga boleh memberi makan ikan yang mesra manusia.

Tempah Pakej Langkawi Mangrove Tour selama 4 jam ke Pulau Dangli dengan Langkawibook!

Alamat: 07000, Kedah

Contact: +60 12-8084008 (Langkawibook)

pulau terbaik untuk snorkeling di langkawi pulau dayang bunting

4. Pulau Dayang Bunting

Pulau Dayang Bunting adalah pulau kedua terbesar di Langkawi dan terkenal untuk snorkeling di Malaysia. Perjalanan bot dari Jeti Kuah hanya mengambil masa 15 minit.

Pulau ini dikenali sebagai "Isle of the Pregnant Maiden" kerana bentuknya menyerupai siluet seorang wanita hamil. Semasa snorkeling, anda dapat melihat pokok bakau dan formasi batu kapur di sekitarnya.

Tempah Pakej Lawatan Kayak atau Pakej Jetski Langkawi di Dayang Bunting dengan Langkawibook!

pulau terbaik untuk snorkeling di langkawi pulau singa besar

5. Pulau Singa Besar (Lion Marine)

Pulau Singa Besar terletak di barat daya Kuah dan terkenal dengan spesies haiwan unik seperti burung enggang, pelanduk, burung helang, merak, dan banyak lagi.

Pulau ini adalah antara lokasi snorkeling yang terbaik di Langkawi kerana ia kurang sesak dan persekitaran yang bersih kerana tiada pencemaran. 

Alamat: Pulau Singa Besar, Kedah

pulau terbaik untuk snorkeling di langkawi pulau beras basah

6. Pulau Beras Basah

Pulau Beras Basah adalah destinasi popular untuk snorkeling di Langkawi. Ia hanya mengambil masa 15-20 minit perjalanan bot dari Jeti Awana Porto Malai.

Air birunya yang jernih dan pasir putih yang halus menjadikan pulau ini lokasi yang menarik untuk aktiviti snorkeling.

Tempah Pakej Island Hopping dengan Langkawibook hari ini!

Alamat: Pulau Beras Basah

pulau terbaik untuk snorkeling di langkawi pantai tanjung rhu

7. Pantai Tanjung Rhu

Pantai Tanjung Rhu, juga dikenali sebagai "Cape Casuarina," adalah destinasi yang mesti dilawati untuk snorkeling di Langkawi. Dengan pemandangan yang menakjubkan dan air yang jernih, ia sesuai untuk menikmati kehidupan marin dari dekat.

Pantai ini juga terkenal dengan suasananya yang damai dan pemandangan matahari terbit dan terbenam yang indah.

Alamat: 07000, Kedah

pulau terbaik untuk snorkeling di langkawi pulau segantang

8. Pulau Segantang

Terletak di barat Pulau Payar, Pulau Segantang adalah lokasi yang popular untuk snorkeling dan menyelam di Langkawi. Di sini, anda mungkin berpeluang melihat spesies marin besar seperti ikan yu karang, barracuda, atau ikan yu jururawat.

Pulau ini menawarkan kedalaman menyelam sehingga 15 meter dan penglihatan bawah air yang jelas.

Alamat: Pulau Segantang, Kedah, Malaysia

pulau terbaik untuk snorkeling di langkawi pulau timun

9. Pulau Timun (Cucumber Island)

Pulau Timun, atau Cucumber Island, adalah antara lokasi snorkeling yang popular di Langkawi. Dengan terumbu karang dan ikan yang menarik, ia sempurna untuk aktiviti menyelam dan snorkeling.

Perjalanan bot ke pulau ini mengambil masa kira-kira 30 minit.

Alamat: Pulau Timun, Kedah, Malaysia

pulau terbaik untuk snorkeling di langkawi pulau bumbon besar dan kecil

10. Pulau Bumbon Besar & Pulau Bumbon Kecil

Pulau Bumbon Besar dan Pulau Bumbon Kecil menawarkan pengalaman snorkeling yang menarik dengan terumbu karang yang indah.

Pulau Bumbon Besar juga menyediakan laluan mendaki untuk menikmati pemandangan pulau. Perjalanan bot mengambil masa hanya lebih kurang 15 minit dari Langkawi. 

Alamat: Bumbon Besar & Bumbon Kecil, Kedah, Malaysia

 

Kesimpulan

Kami harap anda dapat mencuba beberapa lokasi snorkeling dan menyelam di Langkawi semasa percutian anda yang seterusnya! Jika anda mencari agen pelancongan yang boleh dipercayai, hubungilah Langkawibook! Kami menawarkan Pakej Island Hopping dan Pakej Jetski oleh Mega Watersports untuk anda yang gemarkan cabaran!


 

Featured Post

Things To Do In Langkawi Island
06 Nov 2024

Things To Do In Langkawi Island
25 Oct 2024


Artikel Terkini